Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa
yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah
lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Abu Bakar Al-Siddiq
sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Umar Ibnul Khattab R.A.
Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apalagi beliaulah yang
pernah ditunjuk oleh Rasulullah SAW semasa hayatnya untuk menggantikan baginda
sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah
dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai
sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik,
maka dukunglah tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di
antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan
haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga
aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan
kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan
RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekalian tak harus
lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih
untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin
benar kalau ada di antaramu orang yang cakap untuk urusan ini. Ketahuilah jika
kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah
seorang hamba Allah yang dapat karunia wahyu dari Tuhan, karena itu Rasulullah
SAW terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa
yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan
sholat, semoga Alloh merahmati kalian”.(Ibnu Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyah;
Ibnu Katsir, Al Bidayah Wan Nihayah)
Alangkah
indahnya kata-kata yang keluar dari mulut beliau yang mulia. Kita sangatlah
merindukan sosok pemimpin seperti beliau di masa sekarang ini. Sungguh berbeda
keadaannya dengan pemimpin yang ada sekarang.Coba bandingkan pidato pelantikan
yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang ada di masa sekarang ini dengan
pidato beliau di atas. Jauh sekali perbandingannya..
Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan.
Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya
Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya: "Saya
bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!